~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~JaGa JaGa AdA mAtA YaNg MeMeRhATi~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Friday, March 2, 2012

Sedar~

Pernah suatu ketika dulu,
aku memilih dia,
bermula dengan hanya melihatnya dari belakang,
seterusnya cuba mencari tahu apakah namanya,
dan kemudian, ingat akan rupanya..

Pada ketika itu,
aku tidak pernah tau,
Siapakah dia?
Dari mana asal dan datang nya?
dan aku tertanya-tanya..
Bagaimana dia mampu membuatkan aku jadi tak tentu arah?

Berjalan seiring dengan masa,
kami saling berkenalan,
hari ke hari, aku cuba untuk memenangi hatinya,
yang mana aku sendiri tau,
ianya sukar,
tapi aku cuba juga,
aku telan segala egoku,
aku korbankan segala-galanya,
hanya kerana satu sebab,
untuk membuatkan dia mencintai diriku,
sebagaimana aku mencintai dirinya.

Tapi kini,
barulah aku sedar,
sebenarnya aku tidak pernah mendapatkan dia,
Masih ku ingat akan satu perkara,
yang pernah berlaku suatu ketika dulu,
dia berperang dengan diri sendiri untuk menerima aku,
disebabkan oleh perasaannya.
Ya, dia masih tidak boleh melupakan kisah silamnya.
dan itu membuatkan dia sukar untuk menerima diriku kedalam hatinya.
Akan tetapi, disebabkan aku adalah satu-satunya insan,
yang sudi mendengar segala kisahnya,
disebabkan aku adalah satu-satunya insan,
yang membebaskan diriku semata-mata untuknya,
dan aku jugalah satu-satunya insan yang setia memberikan bahuku untuk tangisannya,
dan itulah yang membuatkan dia cuba untuk membuka hatinya sedikit demi sedikit..

Ya, itu adalah saat yang sangat menggembirakan hidupku.
Kenapa? kerana aku sedar, aku semakin hampir dengan usahaku..
tapi, masihku ragui akan perasaannya,
adakah ini benar??
adakah dia kasihankan aku?
adakah dia ingin mempergunakan aku?
atau ini adalah permainannya?

Hakikatnya,
memang aku yang buta,
buta akan kebenaran yang sudah jelas di depan mata,
kata-kata kawan-kawanku aku endahkan begitu sahaja..
aku terus hanyut dibuai keindahan perasaan syok sendiri,
sedangkan pada ketika itu,
aku sepatutnya sedar,
dia tidak akan mencintai diriku sebagaimana aku mencintai dirinya..
kuat betul perasaan ini, sehingga kalah dengan kebenaran.

Bukan niat untuk mengungkit atau membangkit,
tapi ini adalah luahan hati yang terbuku selama ini,
aku adalah seorang insan yang cuba untuk memahami cinta,
salahkah untuk mencintai seseorang?
salahkah untuk membenarkan perasaan kita pada seseorang?
Ya, memang tidak salah..
tetapi yang salah adalah mencintai orang yang salah.
Mungkin ianya kedengaran pelik,
kerana kebiasaanya lelaki yang mempermainkan perempuan,
tapi kini, sebaliknya.
cinta aku dipersiakan sebegitu sahaja,
dia meninggalkan bekas yang sangat dalam,
dengan mudah aku diminta untuk melupakannya,
dengan mudah juga aku diminta untuk berhenti mencintai dirinya.
aku tau kadang-kadang aku khilaf,
tapi..
apa dosa aku? apa salah aku?
apa yang aku minta hanyalah,
dia memerlukan aku dari segala sudut.
maksudnya, ketepikan segala benda yang bukan datang dari aku,
tapi itu susah baginya, kerana dia sememangnya tidak pernah cukup dengan satu..
maaf jika ini kasar,
tapi itu sememangnya hakikat.

Cuma perlu direnungkan,
kadang-kadang,
karma itu akan sentiasa ada mengekori,
dulu pernah kau berada di atas,
tapi suatu hari nanti kau juga akan berada di bawah,
mungkin kebahagiaan yang kau cari,
mungkin ketenangan yang kau pohon,
tapi kesengsaraan itu tetap akan menemanimu..
kerna aku pernah merasai nya,
pernah aku berharap akan itu,
tapi hasilnya tidak seperti yang diminta.

Terima kasih kerana pernah ada dalam hati ini,
terima kasih kerana mengajar aku akan erti kasih sayang,
juga terima kasih kerana kau berjaya membuat hati ini luka.

Pesanan ikhlas dari diri ini,
jangan lah dicari lagi orang seperti aku,
cukuplah kau menyiksa aku seorang sahaja,
jangan disiksa lagi orang yang bernama lelaki..
~Luki~

2 comments:

  1. perghhhhh mendalam betoi ayat aok wersssss....sabo la luki wesss

    ReplyDelete
  2. la sempat jugek aok baca yek mizoh..hehee..
    ermm..mestila mendalam..luahan hati yg terbuku + terpendam selama ni..
    ni baru cket...blom full lagi...baru 30% dari luahan hati tau...cehh

    ReplyDelete