~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~JaGa JaGa AdA mAtA YaNg MeMeRhATi~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sunday, March 11, 2012

Perlahan-lahan..

Tatkala malam begini, aku mula sepi..memikirkan banyak perkara..
dan dengan tidak semena-mena..
jari jemari mula menaip akan bait2 kata yang terbuku..
dan beberapa ketika, siaplah satu luahan hati..
yang boleh menjadi lirik sebuah lagu..
ianya berbunyi begini...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tidakku tahu dimana kan kucari dirimu..
Tidakku tahu bagaimana untuk mendapatkan mu..
Ku dengar suaramu dibawa angin..
Ku rasa kehadiranmu menyentuh kulitku..
Di dalam hati dan jiwaku..
Ku menunggumu..
Perlahan-lahan..

Malam-malamku tanpa dirimu..
Segala mimpiku terhadapmu..
Kulihat dan kusentuh wajahmu..
Ku jatuh dalam pelukanmu..
Pabila tiba masanya, kutahu..
Kau kan berada dalam dakapanku..
Perlahan-lahan..

Kupejam mataku dan kucari jalannya..
Tidak perlu lagi ku meminta-minta..
Aku telah berjalan sejauh ini..
Aku telah lawan sekuat ini..
Tiada lagi yang perlu dijelaskan..
Aku tahu yang tinggal hanyalah..
Bunyi piano yang dimainkan..

Jika kau tahu dimana diriku..
Jika kau tahu bagaimana untuk mencariku..
Sebelum cahaya ini lesap..
Sebelum ku hilang kesabaran..
Jadilah insan yang akan berkata..
Bahawa kau akan mendengar rintihan hatiku..
Bahawa kau akan memberikan nyawamu..
Selama-lamanya kau di sini..

Jangan biarkan cahaya ini lesap..
Jangan biarkan aku hilang kesabaran..
Jadilah insan yang akan berkata..
Bahawa kau akan percaya,
Jadikan ku percaya,
Yang kau takkan pergi..
Perlahan-lahan...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Aku sendiri tidak begitu pasti..
kenapa kata2 ini keluar dari fikiranku..
mungkin, ada sesuatu yang tersembunyi..
entahlah, aku pun tidak pasti..
='(
~Luki~ 

No comments:

Post a Comment