~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~JaGa JaGa AdA mAtA YaNg MeMeRhATi~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Saturday, February 4, 2012

Salam Maulidur Rasul...



Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu

Ya Rasulullah Ya Habiballah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami rindu padamu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
tErimalah kami sebagai umatmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
kurniakanlah syafaatmu
Allahumma Solli Ala Muhammad
Ya Rabbi Solli Alaihi Wasallim
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu


Ya Rasulullah Ya Habiballah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami rindu padamu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
tErimalah kami sebagai umatmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
kurniakanlah syafaatmu
Allahumma Solli Ala Muhammad
Ya Rabbi Solli Alaihi Wasallim


APA ITU MAULIDUR RASUL??


Maulidur Rasul adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. 
(Dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. 
Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil 
yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa 
acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. 
Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan 
oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat 
mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan 
majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam,
kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi,
sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. 

Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang 
baik merupakan doa dan dikira amal soleh.
Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala 
terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah SWT akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. 
Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan 
mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.

Jadi, sama-sama lah kita meraikannya..
Jangan pula sibuk meraikan perayaan agama lain,
sehingga lupa akan Maulidur Rasul ini...=)

Sekian...

No comments:

Post a Comment