Cinta adalah sesuatu yang indah dan unik anugerah dari Ilahi.
Kita
diberi peluang untuk menilainya dan pergunakanlah peluang yang diberi
dengan sebaik-baiknya untuk melahirkan satu larian cinta yang indah.
Seindah waktu ia diciptakan.
Cinta itu aneh. Sukar untuk ditafsirkan.
Datangnya bukan dari
paksaan, perginya pula tanpa kerelaan.
Cinta itu penuh mesra dengan
kasih sayang. Ianya perlu dibelai dengan kelembutan bagi menyerikan lagi
keindahannya.
Kekasaran boleh mencipta sebuah perpisahan.
Manusia kadang kala lupa, cinta adalah syarat berlangsungnya
kehidupan perkahwinan. Malah, tanpa cinta, perkahwinan itu akan mati,
ibarat rumah kosong tanpa penghuni.
Mungkin benar tatkala kita kehilangan barulah kita menyedari.
Mungkin
benar saat kita terluka barulah kita mengerti.
Mungkin benar bila kita
rasakan rindu yang sangat dalam barulah kita tahu
seberapa besar makna
dan erti seseorang bagi kita.
Cinta…Jika anda memilikinya, anda tidak memerlukan sesuatu pun yang
lain.
Dan jika anda tidak memilikinya,apa pun yang lain yang anda miliki
tidak banyak bererti.
Jika kita kehilangan cinta, pasti ada alasan di sebaliknya.
Alasan
yang kadang-kadang sukar untuk dimengertikan.
Namun percayalah bahawa
ketika Dia mengambil sesuatu,
telah Dia mempersiapkan sesuatu yang lebih
baik untuk diberikan.
Cinta antara dua jiwa telah dikatakan boleh membakarkan semangat
seseorang
itu untuk memeliharakan akhlak yang mulia,
memperbaiki
pergaulan antara manusia dan menjaga adab dan keperibadian.
Selain
daripada itu, ia juga dipercayai dapat menghilangkan kekhuatiran dan
ketakutan dalam hati, menjernihkan akal dan menyucikan jiwa kita.
Tetapi, cinta juga merupakan ujian, godaan dan cubaan kepada manusia
kerana ia merupakan pertarungan dan pertimbangan di antara akal dan
rasa.
Andai kata cinta itu sebuah pengorbanan,
mengapa pengorbanan itu bukan
noktah sebuah cinta?
Andai kata derita itu harga sebuah cinta,
mengapa
cinta itu semakin sukar utk dimiliki?
Cinta umpama kota kristal, indah
di penglihatan , derita di perasaan….
Cinta tidak berupa tatapan satu sama lain, tetapi memandang ke luar bersama ke arah yang sama.
~LUKI
No comments:
Post a Comment