~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~JaGa JaGa AdA mAtA YaNg MeMeRhATi~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Saturday, September 1, 2012

Jawapan Maafku - Lukman



Aku akan mencintai kamu malam ini
Aku mahu dirimu seperti mahu gila
Aku tidak boleh walaupun satu hari kau tidak bersamaku
Aku dakap kau dalam pelukanku
Jantungku masih berdegup dalam cinta
Sedikit demi sedikit, ku kehilangan nafasku, kan ku mati seperti ini
Aku mahu dirimu sayang

Sangat sangat cantik, aku telah jatuh cinta dengan penampilan mu yang sangat menyerlah
Aku yang telah jatuh cinta, aku yang telah jatuh cinta
Aku telah obses dengan pandanganmu hingga aku tak mampu menoleh pandanganku
Betapa jahilnya diriku

Jantungku bagaikan hendak meletup
Jika aku memegang tanganmu, aku cium bibirmu
Kau seorang sahaja yang boleh memiliki diriku
Aku milikmu

Maaf 
Aku telah 
aku telah jatuh cinta, sayang
Matamu menyilaukan
Nafasku menyesakkan 
Aku seperti mahu gila, sayang

Boleh kau rasa bagaimana menjadi seorang jahil yang gembira?
Kau tak akan apa-apa biarpun tanpa diriku
Aku mahu menghentikan semua itu, jadi hanya ada aku

Aku tak mampu membayangkan apa yang akan terjadi jika aku kehilanganmu
Hidup tanpa dirimu
Kan aku ingat saat ini, aku berjanji
Sunflower boy yang seperti memandang dirimu buat pertama kali

Bagaikan kau dianugerahkan untuk menyelamatkan ku
Kau memberiku kehidupan yang penuh dengan cinta
Dengan hanya cara itu, bagiku semuanya sudah cukup
Akhirnya kau di dalam hidupku

Maaf sayang
Aku hanya mencintaimu, Maafkan daku
Aku benar-benar meminta maaf
Aku hanya memandang dirimu, Maafkan daku
Aku rasa, aku benar tak mampu membantunya

Menyedari bahang itu, penipuan itu, 
Sayang, kau tak boleh memberiku walau satu penipuan
Jangan mengeluarkan apa-apa bunyi, dan rasakan ruang kita
Rasakan simptom cinta yang telah kita terjerumus ke dalamnya
Jangan berubah,  jangan berpisah
Marilah berkata 'Aku cinta dirimu lebih daripada diriku'
Biarpun seratus atau seribu kali berterusan
Cinta yang berharga

~Lukman~
.Tulisan Sendiri.

Saturday, August 11, 2012

Saya cuba lagi...


Pada suatu hari, 
aku dapat satu msg dari seorang perempuan,
yang masih menyimpan perasaan terhadap aku,
tapi, aku tidak pernah menyambut perasaan dia,
sebab aku dah anggap dia sebagai kawan baik aku,
Pernah juga,
hari ke hari, dia tak pernah penat utk menghubungi aku,
tapi bila aku nampak je nama dia tertera kat skrin handset,
terus aku rasa macam xde interest nak layan,
kalo aku reply pun, 
sekerat2 je aku taip,
lepas tu aku dah tak reply,
kadang2 aku rasa kesian jugak kat dia,
tapi, nak buat macam mana,
memang aku takde perasaan pape pun kat dia.
Hm..apalah perasaan dia kan bila aku buat macam tu,
mesti dia sedih, walaupun aku tau dia mmg suka kat aku,
dia sendiri yg bagitau aku macam tu...

---------------------------------------------------------------------------------------------
Tapi....
bila perkara ni terjadi kat aku sendiri,
kenapa aku susah nak terima?
sepatutnya aku lebih faham dan tau,
apa perasaan yang dia rasakan,
bila kita sukakan seseorang tapi orang tu tak sukakan kita,
i mean, LOVE!
mungkin betul lah apa orang kata,
karma tu akan terjadi pada seseorang lambat atau cepat,
aku sendiri sedang merasainya,
aku cuba utk menghubungi orang yang aku suka,
aku still lagi msg orang yang aku suka,
tapi dia...
macam taknak layan aku je,
macam terganggu dgn aku,
macam bosan je bila aku msg dia,
yelah, kalo msg pun, sekejap je, 10minit pn xsmpai,
then, bg alasan ada kerja lain.......nak tido....hmmm....
walaupun tiap hari, aku tunggu je msg dia,
tapi hampa...takde pun..
dia tak ingt ke kat aku?
hmm..yela kot, dah kalo aku pun,
aku xde pun nk msg2 org yg suka aku tu..
sbb dah anggap dia kwn biasa je,
so xdela nk start msg2 kan...

so,
situasi ni sama dgn situasi yang aku dah buat kat org yg suka kat aku tu...
lagi tepat perkataannya - BERTEPUK SEBELAH TANGAN...
hmmm....dia suka aku, tapi aku biasa je, dan aku suka orang tu, tapi orang tu pun biasa je...so, padanlah dgn muka aku kan...

awak...sorry ye kalo selama ni sy buat awk rasa terganggu,
maaf, saya tau byk kali sy ckp mcm ni,
tp still saya akan buat jugak..
maaf sgt2...
baik, 
akan cuba utk tak msg awak, tak call awk..
ye, saya akan cuba!

Wednesday, August 1, 2012

Resepi Patty Lolo Dikepit Manje^^

Assalamualaikum..
haa..entry kali ni agak berbeza cket...
hahh??sal pe?? sbb kali ni aku post sal recipe lak..
hahahaaaa...memang tak pernah kan..
ni la yg special nya...bulan2 pose camni macam2 makanan
bermain di minda...so, disebabkan bosan, aku pun surf la web n cari
resipi2 yang aku suka...yang senang utk dibuat..
tapi utk resipi ni... resipi aku sendiri...
aku reka2 je ni..hahaa...n dah rasa dah masa berbuka tadi..

sedap jugak la...n potong2 bagi kat fmly rasa skali..dorang kata sedap..


okay, nama resipi ni adalah Patty Lolo Dikepit Manje...kahkhaaa
name resipi dah macam pe tah...ibarat memangku engku dipersisiran pantai...lalalalaaa~~
oraittt...jom kita tengok pe bahan2 yang diperlukan...

Bahan2:


Daging Kisar Ramlee (bukan ramlee bapak mastura ataupun bapak faizatul)
Bawang Putih & Merah (Ditumbuk dengan lesung batu dalam kelajuan yang manje)


Serbuk Lada Hitam (diserakkan secara rata)
Garam (selori)
Bawang Goreng (yang dalam paket beli tu)
Daun Bawang (bukan akar bawang)
Roti Gardinia (enak dimakan begitu sahaja)
Timun (dihiris mengikut cuaca)
Tomato (juga dihiris mengikut keadaan)
Sos
Mayonis

Minyak (untuk menggoreng la kan)

Mentega (sapu kat roti)




**banyak jugak kan...huhuuu...

okey jom kita tengok cara nak wat...


1. Campurkan daging kisar, bawang putih & merah yang dah ditumbuk, serbuk lada hitam, garam, bawang goreng, daun bawang.
2. Uli dengan penuh perasaan ghairah sambil memikirkan perkara2 yang indah.
3. Perapkan dalam plastik yang lembut tu...
4. Simpan dalam peti.
5. Roti lak sapu dengan mentega.

Okay, skang kita tengok proses menggoreng k..
Gambar2 ni korang klik la kalau nak tengok besar2 k..=)

1. Bakar/goreng roti yang dah sapu mentega tu..

1. Bakar/goreng roti yang dah sapu mentega tu.. 


                         ni hasil dia
Susun lah timun ikut suka ati korang.
Pastu susun pulak tomato..
Then, goreng lah daging burger yang da ciap perap tadi kan..
*memang warne dia hitam camtu k..sbb guna daging lembu..
dah masak, letak la atas roti tu kan..
Aku buat dua je..hehee..
*memang nampak macam hangus..tp memang  warne dia mcam tu..
tapi sedap k..
Last sekali letak la roti tu wat toping...sedia utk dimakan..kehkehh


Haaa...tu dia resepi ciptaan sendiri aku...hahaha...
selamat mencuba=)

Sunday, July 29, 2012

Letter to Celine Dion


Hi Celine, I’m Lukman from Malaysia.  I’m 23 years old and a student in a local university here.  I am looking forward to write this letter for you as my idol- Celine Dion.  I’ve been a fans since 2008 (what a shame because it was too late).  And I have a story about how I got to know you and make you as my idol.  The story begins with:  when I was a child (maybe 6 years old), there was a ghost story made by my neighbor, they said that there is a human who loves to eat someone’s flesh and blood.  It’s like a cannibal.  At that time, your song entitled “I Love You” is very popular in my country and it was played in our radio.  So, I don’t know why, when I listen to that song, I will feel scare because of the ghost story.  It makes me frighten to go out to play with my friend.  Since my sister has your album, then I looked at your picture in the album, then I think to myself that you are such a pretty woman.  I wonder why I scared with your song.  And I fall in love with you.  But, it ends there because I was growing up with many artists.  I was forgetting about you until I was 20 years old.  There was something that has changed my life.  Too make a long story short, on 2004 there was a famous singer in my country, her name is Siti Nurhaliza.  She had a concert in Kuala Lumpur and she was singing your song- I Surrender.  I really love that song without knowing that it is your song.  I do enjoy the lyric and note of the song.  And I tried to sing it very much.  On 2008, when u came to Malaysia for your Taking Chances Tour, our local channel here was showing your “A New Day Live in Vegas” and at that time, I was preparing for my interview for the next day.  Suddenly, I heard a piano at the beginning of the song, and it sounds familiar to me.  I said to myself “I know this song”.  Then I looked on the television and I saw you singing that song.  Started from that, I know that, it is your song.  And I left my cloth (I was ironing it at that time) and I kept looking on the television, and I don’t know why, I really love your voice and your performance.  When it comes for you to sing the high notes of I Surrender, I was getting chill.  I don’t know how to describe it but I have to say that it is wonderful and awesome.  Your high note is very clean and effortless. 
Started from that, I surf the web to find any information about you.  I watch your video in YouTube and I download it.  Then I transfer your song into my phone.  I bought your concert DVD and I watch it every single day.  From 2008 to 2012, you still be in my heart.  And it will always be like that.  You know what, you are really inspiring me to speak in English and learn it.  I do watch your interview and I catch every single word that you speak and I love your accent.  And I have a dream….I want to meet you in person, I want to talk with you, I want to hug you.  I really wanted to see your concert but I couldn’t do that because Vegas is too far from my country and I don’t have enough money to go there.  What I can do is just to support your career.  If there is no person on earth to support you, I’ll be the first supporter.  Celine, I love to sing and I do record my voice with your song.  I put it in YouTube to get along with another fans.  I joined your forum, your club and everything.  I’ll do anything for you Celine because I really love you.  Sometimes when I’m having a hard time, I will sing your song, or maybe I will think about you because I know that u can give me the strength.  I really hope that you can read this letter and I want you to know that I love you so much.  You are my idol.  I learn English and learn to sing just because of you.  I want to sing with you even it is just for fun.  I want to see you in person.  That’s my dream.  I hope one day, I’ll meet you.  My favorite songs of yours are I Surrender, The Power of Love, To Love You More, I Drove All Night.  I also have written a letter to Oprah.com to let her know that I really love you and I really want to meet you. So I hope, by writing this letter, it will come true.
I hope u can achieve your successfulness in your singing career and have a good day.

Loves,
Lukman.
lockkunci@yahoo.com

Saturday, July 21, 2012

Selamat berpuasa=)

Assalamualaikum..
Alhamdulillah dapat lagi berjumpa dengan bulan Ramadan utk tahun ni..
Segala Puji bagi Yang Maha Esa
kerana memberikan diriku peluang untuk hidup lagi,
untuk menebus segala dosa yang telah dilakukan,
Ya Allah Ya Tuhanku,
Sesungguhnya Engkau adalah Tuhan yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang...

Syukur dapat bersahur pagi tadi bersama keluarga..
dalam keheningan pagi, 
terbit rasa keinsafan akan dosa2 yang telah aku lakukan selama aku bernafas,
doa ku pinta kepadaNya,
agar mengampunkan dosa2 ku yang lalu,
aku tahu sudah terlalu banyak dosaku kepadaNya,
Semoga, 
masih ada ruang pengampunanNya kepadaku,
agar aku menjadi HambaNya yang terpelihara Aqidah dan Akhlak..
Amin..

The Word Of Heart

I'm used to sing many kind of song,
with its own meaning,
one of them has a sorrowful meaning,
while another with happiness..
but there's a song that fully projected with the word from my Heart..
It's called MAKE YOU FEEL MY LOVE..
from Adele,
once i heard this song,
the words was clearly described..
of my feeling, 
to give my love, to make you feel my love for sure,
to let you know that u're the only one,
women in my heart after my mother..
and i really wanted to sing it for you,
in front of you,
in person!
but the time has gone,
there's no need to regret,
it was a destiny..

---------------------------------------------------------------

"Make You Feel My Love"

When the rain is blowing in your face,
And the whole world is on your case,
I could offer you a warm embrace
To make you feel my love.

When the evening shadows and the stars appear,
And there is no one there to dry your tears,
I could hold you for a million years
To make you feel my love.

I know you haven't made your mind up yet,
But I would never do you wrong.
I've known it from the moment that we met,
No doubt in my mind where you belong.

I'd go hungry; I'd go black and blue,
I'd go crawling down the avenue.
No, there's nothing, that I wouldn't do
To make you feel my love.

The storms are raging on the rolling sea
And on the highway of regret.
Though winds of change are blowing wild and free,
You ain't seen nothing like me yet.

I could make you happy, make your dreams come true.
Nothing that I wouldn't do.
Go to the ends of the Earth for you,
To make you feel my love
To make you feel my love
---------------------------------------------------------

Tuesday, July 17, 2012

I did it!!



Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah atas limpah kurnia nya..


akhirnya aku Berjaya menghabiskan sesi pembelajaran untuk semester 3..

Macam2 onak duri yang dh dilalui walaupun baru semester pertama untuk Degree ni..
Dari bulan 3 terus ke bulan 4 melalui bulan 5 ke bulan 6 dan sampai ke bulan 7, begitulah rentetan bulanan aku untuk menghabiskan semester 3..

Dan sekarang aku tengah cuti semester untuk masuk ke semester 4 plak nanti, insyaAllah..
So, duk kat umah ni mengadap lappy jelah,
Lagipun tak lama lagi dah nak masuk bulan Ramadhan yang mulia kan,
So, ready jela untuk berpuasa dan mengutip pahala..ehehee..


okay, tu je nak cite..

Supaya xdela blog ni sunyi sepi camtu je kan..hehe..

okay, sehingga bertemu lagi..salam..

Friday, July 6, 2012


yeayyy...eh kenape sonok sgt ni??
adelaaahhhh...hahaa..
xdela, sonok la sbb saya da berjaya buang,
segala benda yang selama ni membuatkan 
hidup saya tak tenang..
saya dah lupakan dia, 
dah boleh hidup tanpa dia,
dan yang paling penting, 
tiada lagi cinta untuk dia..
yeayyy..sonok2..
punya lama tunggu saat2 macam ni..
finally, He blesses me..=)
Alhamdulillah..

*My Allah, find me 'someone' who suits me more..aminn

Saturday, April 14, 2012

Cinta Datang, Cinta Pergi, Cinta Datang Lagi..

Salam..
ianya merupakan satu perasaan yang susah digambarkan..
bila kita terpaksa menahan diri dari perasaan cinta..
tapi memang aku kena berkorban supaya diri aku x lagi kecewa..
mungkin jarang sekali lelaki merasakan ini..
tapi, aku dapat rasakannya..
sorry my dear,
jauhkan lah diri kamu dari berada dalam hidupku,
kerna aku takut dengan diriku sendiri,
aku takut dengan bayang2ku sendiri,
kerna aku tahu diriku ini rapuh dalam cinta,
aku mudah jatuh cinta,
tapi susah untuk buang cinta,
tapi dengan kekuatan yang berbaki,
aku rasa aku mampu..

Terima kasih kepada kawan2,
yang selama ni sentiasa mendukung dan menyokong diri ini,
bila2 masa, xkira suka dan duka,
ku bersyukur kerana mempunyai kawan2 seperti kalian.
Alhamdulillah..=)

tapi dalam masa yang sama,
datang pulak cinta yang lain,
cinta yang pernah ada dalam hati ini di awal usia remaja ku,
cinta yang pernah aku lalui ketika usia yang masih mentah,
cinta yang ku anggap hanya permainan,
dan ianya kembali kepadaku,
aku masih keliru utk menerima cinta itu atau x,
mungkin Tuhan sedang menguji diriku,
pernah diberikan kebahagiaan suatu ketika dulu,
dan diuji nya dengan kekecewaan,
dan kini, diberikan nya semula titik2 bahagia,
aku pasrah, masih berserah kepadaNya,
jika benar dia jodohku,
akanku sunting dirinya untk menjadi kekasih halalku,
akan ku jaga nya sehingga penghujung usiaku,
akanku pikul tanggungjawab itu,
cuma masa sahaja yang menentukan,
samada dia akan menjadi milikku atau x..

Saturday, March 31, 2012

Begin A New Love^^


In the bustle fighting for study,
i found something that i ever felt before..
it is far but close to me..
yes, i know this feeling..
i'm used to it..
but what is it??

Yeahh, i know..
this is LOVE..
the 'thing' that making me weak,
making me lost,
but, how could i get it?
is it possible for me to tell her..?
is it the right time for us?
we always having a war of words,
and that's making me close to her..
but, i'm scared..
scared of getting in love again,
i want to focus on my study,
but i can't never deny this feeling,
it's always in my heart...

maybe this is the chance for me,
to fully let my past goes..
let someone who ever be in my heart before,
get away from me,
yes, this is the way..
of achieve it..

:: what should i do??
do i need to let her know??
does she feel the same like me?
okay, i'll wait n see....

Saturday, March 17, 2012

Perjalanan Minggu Kedua..

Assalamualaikum..

Okay, entry kali ni aku nak story cket sal PMK...
hah??pe PMK tu?? hehe..lagi sekali lah..PMK tu Perjalanan Minggu Kedua...
yelah, skang kehidupan dah kembali seperti keadaan masa diploma dulu la..
walaupun banyak perbezaannya berbanding dgn 3taun diploma dulu,
tapi keadaan tetap sama, iaitu, kene belajar dan belajar...

Alhamdulillah, 
sessi ice breaking dlm class da setel sepenuhnya,
masing2 da kenal satu sama lain..
dan aku, macam besela, xsuka hipokrit,
apa yang aku tunjukkan kat luar tu, itulah aku..
seorang yang happy go lucky, suka cakap banyak..
suka gelak besar, suka tegur2 orang dan juga, suka bergosip..ahahaa...
so, aku harap student2 baru dlm class aku ni leh terima aku seadanya..
kalo xsuka, cakap je k..n kalo xnak cakap, diam kan je..n TTT...
Tolong Tutup Telinga..kehkehkee...

Pas sorang, tambah lagi sorang aku tegur dalam class..
yela, aku ni suka berkawan dgn orang kan...bukan niat nak mengorat..
yelah, dalam class aku ni, ada 11 orang pompuan,
5 orang dari diploma kat jgka..
n lagi 6 orang datang dari IPT lain..
n salah dua orang antara mereka tu ada yang datang dari temerloh..
tempat koi werss...huhuhuu..
Gelaran diberi Pad n Cat...
tapi jangan harap aku nak panggil korang dgn nama mcam tu k..
hahaa..cian dorang sbb yg Pad tu aku panggil Podilloh...
n yang Cat lak aku panggil Kuceng...ahaha..
cian dorang, tapi lama2 dorang pun da jadi bese n da leh blend in gelak2 dengan aku..
yela, datang dari tempat yang sama, loghat yang sama..
so memang sonok la berborak kan..hehee..
baru2 ni makan dengan si Kuceng, yela, aku ni memang perangai suka usik2 orang..
so, saje2 la wat mintak2 dia punya ayam goreng..
tapi si kuceng ni, aku xtau la dia malu ke, segan ke, tacing ke pe kan..
dia bagi ayam dia tu kat ktorang ni..padahal ktorang saje je usik2 dia..
tapi kalo da orang bagi kan, pe lagi, amik jela..ahaha..
sebab tula ko gemok Luki oittt...huhuhu...

Then, hari jumaat baru ni, aku balik ke rumah..
so, sebelum balik tu, aku terpikir la nak tumpangkan si Pad n Cat ni sekali..
yela, aku ni bosan tau drive sorang2 menyusuri laluan jalan jengka tuh..
so, aku ajak la dorang sekali...
n sonok btol dengan dorang, xkering gusi aku..
smpai saket perut melayan perangai si Pad..
yang mana suka sangat membebel macam 
orang tua + wat mimik muka yang pelik...huhu..
actually, aku mmg suka pompuan yang macam ni..i mean, aku suka kawan dgn orang 
yang berperangai gila2 cmtu...suka gelak2..sbb aku tau, 
dgn cara tu, leh wat aku jadi happy...
n ada satu subjek tu ktorang sama2 jadi group..so aku xtau la nanti camne..
jalan ke tak keje nanti sbb asyik nak gelak je kan..ahahaa..
 
Sedar x sedar, da masuk 2minggu aku kat jengka tu untk sesi degree ni..
n alhamdulillah, aku harap sangat keberadaan kawan2 baru leh wat aku lupa akan sume masalah aku yang lama..InsyaAllah...
bcoz i dont want to think + remember of my past...
life must go on..and show pun must go on...ahaha...xpepasal je..huhu..
hmm..okay la, cukup la smpai sini je...kita jumpa lagi utk entry yg akan dtg...=)
 
~LUKI~

Tuesday, March 13, 2012

Maaf cakap~

 
Maaf cakap, saya masih belum lupa akan semua tu..
Ya, perkara2 yang awak pernah buat pada saya lah..
perkara yang berkait dengan hati dan perasaan saya ni..
mungkin awak rasa sudah masa untuk lupa perkara tu,
tapi tidak pada saya..

Saya takkan ubah pendirian saya..
Dan saya terpinga2 macam mana awak boleh,
dengan mudah nya menganggap semua ini sudah berlalu..
Dan dengan mudahnya awak..
secara tiba2 berpura2 seperti tiada apa2 yang berlaku..

Maaf cakap, saya menyesal.
Ya, mungkin dulu kita boleh berkawan,
tapi lepas apa yang awak dah buat pada saya..
erti "kawan" tu dah takde lagi..
Maaf cakap, perangai awak baru2 ni menyakitkan hati saya..
Saya bukan lah seorang lelaki yang boleh dengan senang,
memetik jari untuk tukarkan status "cinta" kepada "kawan"..
terma itu tiada dalam kamus hidup saya..

Maaf cakap, kita tak boleh jadi macam sebelum "perkara" tu..
yang sebenarnya "perkara" tu memang tak wujud pun bagi awak..
dan jangan cuba nak marah kat saya,
sebab awak sendiri yang jadikan perkara ni,
so awak sendiri tanggung..
sekian..

Sunday, March 11, 2012

Perlahan-lahan..

Tatkala malam begini, aku mula sepi..memikirkan banyak perkara..
dan dengan tidak semena-mena..
jari jemari mula menaip akan bait2 kata yang terbuku..
dan beberapa ketika, siaplah satu luahan hati..
yang boleh menjadi lirik sebuah lagu..
ianya berbunyi begini...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tidakku tahu dimana kan kucari dirimu..
Tidakku tahu bagaimana untuk mendapatkan mu..
Ku dengar suaramu dibawa angin..
Ku rasa kehadiranmu menyentuh kulitku..
Di dalam hati dan jiwaku..
Ku menunggumu..
Perlahan-lahan..

Malam-malamku tanpa dirimu..
Segala mimpiku terhadapmu..
Kulihat dan kusentuh wajahmu..
Ku jatuh dalam pelukanmu..
Pabila tiba masanya, kutahu..
Kau kan berada dalam dakapanku..
Perlahan-lahan..

Kupejam mataku dan kucari jalannya..
Tidak perlu lagi ku meminta-minta..
Aku telah berjalan sejauh ini..
Aku telah lawan sekuat ini..
Tiada lagi yang perlu dijelaskan..
Aku tahu yang tinggal hanyalah..
Bunyi piano yang dimainkan..

Jika kau tahu dimana diriku..
Jika kau tahu bagaimana untuk mencariku..
Sebelum cahaya ini lesap..
Sebelum ku hilang kesabaran..
Jadilah insan yang akan berkata..
Bahawa kau akan mendengar rintihan hatiku..
Bahawa kau akan memberikan nyawamu..
Selama-lamanya kau di sini..

Jangan biarkan cahaya ini lesap..
Jangan biarkan aku hilang kesabaran..
Jadilah insan yang akan berkata..
Bahawa kau akan percaya,
Jadikan ku percaya,
Yang kau takkan pergi..
Perlahan-lahan...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Aku sendiri tidak begitu pasti..
kenapa kata2 ini keluar dari fikiranku..
mungkin, ada sesuatu yang tersembunyi..
entahlah, aku pun tidak pasti..
='(
~Luki~ 

Friday, March 9, 2012

Perjalanan Minggu Pertama...

 
 
Assalamualaikum..
 
hampir seminggu aku tak update blog ni..hehee..da berhabuk cket..huhuu..
ermm..utk entry kali ni aku nak cite cket la sal PMP aku kat 
UiTM untuk sesi degree ni..
hah?? pe PMP tu??hehe..PMP tu Perjalanan Minggu Pertama..hehee..*tak baca ke tajuk kat atas tu..huhu..
 
 
hmmm...kisah bermula pada tarikh 28 Februari 2012 bersamaan hari selasa..
wahh..siap ada tarikh..hehee..okay, pada tarikh ni la aku n kawan baik aku ni, 
si Syafiq Alcaraz tu..
kembali ke UiTM jengka semata2 untuk mendaftar hostel..
yela, semangat pegi awal ni sbb nak 
dapatkan bilik kan..takot lambat2 nnti xdapat bilik lak...
pdhal sesi kuliah start 5 mac..
hmmm...(bape kali nak hmmm daa...) 
so, smpai2 kat U, terus kitorg gerak ke kolej baru utk student2 degree..
n alhamdulillah everything was running smoothly,
ktorang dapat daftar bilik n dapat bilik B1-02-01...
Blok 1, tingkat 2, bilik no 1....*huhu, bilik no 1..hebat2...hehee
n aku lak dapat katil n locker no 3, syafiq lak dapat katil n locker no 4..
yang mana aku dapat katil bawah n sapik dapat katil atas..
mula2 sampai bilik, agak sedikit terasa perasaan kecewa sebab 
dapat tau kipas dalam bilik tu,
adalah kipas dinding yang diletakkan kat siling...duk pusing2 je kat atas tu...
kecewa sangat2 time tu sampai hilang mood..
yela, orang yang duk katil bawah ni mmg xkena angin la kan..
so, aku just duduk je kat kusi, dengan kepala yang serabut, 
memikirkan masalah kipas..
**sapik tengah bertungkus lumus kemas bilik, katil dia n bersihkan sawang..
yang aku lak, duk pikir lagi sal kipas, 
sal arrangement katil yang aku rasa sangat bermasalah..
disebabkan hal ni, so aku decide utk amik katil orang lain, katil sebelah n katil atas...
konon2 nanti nak menjawab la kat tuan punya katil tu kan..*time tu xde sape2 lagi..
so langkah pertama aku amik, cadarkan dlu tilam katil atas tu, 
kira da cop la kan..hehee
then ciap sume2, ktorg pun gerak kuar dari UiTM 
n pegi makan KFC *makan saje..hehe
so, abis la proses pendaftaran pada hari dan tarikh tu,....

Masuk lak tanggal 3hb Mac 2012 bersamaan hari sabtu..
bergeraklah aku, mak aku n adik aku ke UiTM...
*yang mana aku bawak dorang utk angkut barang..hehe..
n aku kena anta dorang balik semula...
kul 11 pagi, start bergerak ke sana, n dapat tau sapik da smpai dgn family dia..
tanya la jugak kan, da ada ke roomate lain..
n sapik cakap xde lagi tp da ada satu locker yang da dimangga...
means da ada orang la tu kan..
hmmm..xpela, so teruskan perjalanan smpai ke UiTM...
sampai2 je, terus dibenarkan masuk ke kolej baru dgn bawak kereta sekali *which is kalo hari bese, xdibenarkan bawak masuk keta ke dalam...(tension!!!)
n masuk la ke bilik baru dengan mengangkut barang2 sekali...
ciap2 kemas sume, decide utk balik hantar mak n adik aku..
tp dalam masa yang sama, 
cian lak kat sapik ni kan, sbb dia akan tinggal sorang2 kat situ...yela, time tu kosong lagi, xramai orang..
so, aku pun ajaklah sapik ni join skali teman aku anta mak n adik aku ni balik..
dalam kul 2 lebih ktorang gerak...
dlm perjalanan balik, ternampak lak orang jual ayam golek kat tepi jalan kan,
so, mak aku pun teringin n beli la bawak balik, 
kat umah lak trus bantai dgn sapik...ihihiii...
da ciap2 sume,  tibalah masanya untuk aku n sapik ni bergerak kembali ke UiTM...
kul 5 lebih camtu la..trus bertolak ke sana...

So, dalam tempoh hidup kat bilik baru tu, 
masing2 tertanya2 sape lah ahli bilik ktorang ni kan..
tunggu punya tunggu, sorang pun xde jugak lagi..
so, ktorang amik keputusan utk pegi karoke malam tu...*sabtu malam...
Then, keesokan harinya.. sorang demi sorang roomate baru aku masuk..
n alhamdulillah lah..roomate tu pun bekas student diploma kat sini..
means aku kenal la...
n yang paling terkejutnya, salah sorang nye tu adalah "madu" aku...
adehhh...cane ni kan...bleh ke madu nak duduk sebilik ni..tp aku wat relax jela..
coz dia pn xtau yg aku ni sebenarnya madu dia..ahahahaa....
so ktorang pun meneruskan la kehidupan sbg ahli roomate kan..
masing2 wat hal sendiri la..kalo ada benda yang nak diborakkan, baru la start bercakap..
 
Tanggal 5 Mac 2012, bersamaan hari isnin..
bermulalah kehidupan sebagai seorang mahasiswa di UiTM Pahang ni...
cam besela hari isnin pakai formal kan...hensem je rasa...kehekheke...
tapi time ni, xde lagi rasa nak p class sbb nak setel kan kad matrix, proses pendaftaran n voucher buku..
alhamdulillah setel sume... 
Dalam tempoh ni, konon2 aku n si sapik ni nak start diet la kan..
si sapik siap da tampal lagi plan diet kat board...
tapi korang paham2 jela kan...bila da lapar,
kalah jugak semangat nak diet tu..nafsu makan menguasai diri..huhu..
okay, maybe aku adalah main influence yang menghasut sapik utk makan malam..hahaha
 
Masuk hari kedua, hari selasa 6 Mac 2012, 
ada taklimat HEA kat Audi utk pelajar baru Ijazah Sarjana Muda...
petang tu plak ada sesi briefing dengan KPP...
tapi ada kisah sikit la sal ni..hehehe...
ktorang dapat tau masa sesi briefing tu, student yang nak wat credit
 transfer leh serahkan transkrip n gambar..
masalah sekarang ni, transkrip aku tertinggal kat bilik..hahaa..
so, plan pertama nak p amik la kat bilik kan..
tp sapik lak cakap, baik p wat baru je kat HEA..
so, gigihla ktorang bergerak ke HEA utk wat transkrip baru..
tapi, ktorang pegi kat bendahari dlu utk bayar transkrip tu...
da ciap bayar, aku pn gerak la ke HEA...
Tadaaaa...rupanya HEA tutup sebab kan ada sesi taklimat tadi..ahhahaaaa...
wat penat je terus pegi kat situ, kalo ikutkan tadi leh terus je bergerak ke bilik kan..
*yang mana bilik ni da jauh berbanding dlu, sbb da duduk kat kolej baru...
 disebabkan hal tu, terpaksa jugak la ktorang balik 
ke bilik utk amik transkrip yang tertinggal tu..
penat gile jalan beribu2 batu..*cehhh...
sampai bilik n amik transkrip...n pegi potostet..
tengok2 jam..alamak..da lewat ni nak pegi briefing ni...adehhh...
so, langkah semakin laju n laju...peluh da mengalir di pipi..hihiii...
sampai2 kat kelas tu, kat tempat briefing tu, terus masuk..n sume da ada..n KPP pun da start dia pnya taklimat... n terus kene tegur...
"KENAPA LAMBAT??" "SESAT KE??" "DARI MANA??"
dengan tanpa semena-menanya, sorang lecturer yg memang da kenal ktorang ni, 
Pn Naliza menjawab..
"DARI UITM JENGKA"
ahaha...agak malu jugak la time tu ..
sbb student yang dulu nya wat diploma kat sini jugak,
datang lambat berbanding student lain yang dari tempat lain...
n kena gelak jugak la..adehhh..malu2..tp tebalkan jugak muka...hihihii...
and sume setel kat situ la kan...
Petang tu lak, kitorang ada first class utk minggu tu...
iaitu kelas Administrative Record Management OSM 501...*kalo xsilapla..
masuk2 je, tengok2 student pompuan je ramai..ada 11 orang..
n laki lak aku n sapik je..means klas ktorang ada 13 orang..
hmmm..agak lega jugak la sbb classmate xramai..
so senang cket lecturer nk bagi perhatian kan..
n senang jugak la ktorang nak blaja...xbising sangat...
so, first class tu, cam bese la..sesi ice breaking..sesi perkenalan...
 
eh3..jap2...lupa nak cite sal beli kipas..ahaha..perlu ke kan...
ermm..bia la aku nak cite pun..huhuuu...
xingat da beli hari pe...ermm..so aku, n sapik diikuti zeha, aimi n shida ..
bergerak ke bandar jengka utk cari kipas tu la..
yang geng2 pompuan tu saje2 je aku ajak sbb nak wat meriah majlis..hehehe
kebetulan dorang pn ada nk beli something...
so, sampai la ktorang kat kedai letrik ni..n beli la kan kipas meja yang berharga RM65 yang pada asalnya berharga RM75.....
 so, kehidupan aku kat dalam bilik skang da xsepanas dlu..
tido pun da lena skang sbb sejuk..ehhee...
sapik ada cakap kat aku..."sanggup ek ko habis duit wat beli kipas"
jawapannya.."Ya."...aku sanggup sbb memang aku xbleh hidup tanpa angin..
kalo tido dalam keadaan panas, mmg aku xbleh tido...
*dia yela katil atas dapat angin + dia ada kipas sendiri..hehehe
ermm..okay, cukup la sal kipas kan..

so make a long story short, 
terus ke hari jumaat...yang mana hari rabu n khamis, sume class cancel...
hari jumaat tu tadi la..hehehee..pagi tadi...
ktorang ada satu class iaitu class OB kul 10 pagi..
yang mana class kul 8 pagi da cancel..
n dalam clas tu.. ktorang bergabung dgn clas A....
yang mana dorang ni, memang student part 3 yang start part 1 kat sini..
tapi ktorang adalah student penerapan dari diploma terus ke Part3..
kalo nak diikutkan, seniority tu ktorang la yang lebih kan..sbb ktorang da wat diploma kat sini 3 taun..
hmmm...so lecturer pun smpai..
yang xbest nye..lecturer ni agak particular cket..
start mgu depan, student laki xdibenarkan pakai jeans sbb informal...
adehhh..kena lak cari suar slack kan...nasib baik hari jumaat je...
pastu, banyak lak rules2 yang kena ikut dlm class dia ni + dia ni agak islamic cket..
adehh..smoga ktorang mampu tabah la kan belajar dgn lecturer ni...
*dia lecturer bisnes..
so, abez clas, ktorang terus balik ke bilik n amik2 barang yang da pack malam td..
untuk ape??untuk balik rumah la..ahaha...
walaupun sebenarnya jumaat malam skang ni ada taklimat HEP lak..
adehh..ponteng jugak la..huhuu..
so, skang aku da selamat sampai ke rumah..n tengah online la ni...hihihi..

so, tu jela sedikit sebanyak kisah perjalanan kehidupan aku utk minggu pertama..*sikit ke??cam berjela je dah...hehehe
so, aku harap ktorang sume mampu la utk belajar dengan tekun, fokus, dan sama2 berjaya utk first sem ni..
InsyaAllah amin...
okay, sehingga bertemu lagi di kemudian hari...bye2

Assalamualaikum..~