~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~JaGa JaGa AdA mAtA YaNg MeMeRhATi~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tuesday, January 31, 2012

Saya Suka Nyanyi

Luki Fern

ahahaa...tajuk entri ni pun dah terang2 menunjukkan sape aku..
seorang lelaki yang mana suka sangat menyanyi..
bukan secara profesional tp sekadar suka2 dan boleh dikatakan hobi..
tapi masa bila aku start suka nyanyi ni?
kat mana aku slalu nyanyi?
sape yang jadi inspirasi?
wahhh...macam persoalan kuar kan..hehe..
memang hari ni aku nak cite cket asal usul kisah aku yang suka nyanyi ni..

Pada suatu ketika, *cewahh intro xtahan..=P
hehe..xdela..malas la nk wat cite secara esei cmtu kan..
Actually, masa kecik2..aku selalu berkaraoke dengan arwah ayah aku..
yang mana arwah ayah aku ni mmg biasa nyanyi kat rumah org kenduri..
lagu masa tu besela, kalo dah nynyi dgn arwah ayah aku tu kan..
kompem la lagu p.ramlee..
seingat aku, time tu suara aku sgt2 halus macam sore pompuan..
yela kan..belum akil lagi..keh3..
disebabkan time tu, rumah aku da ada kemudahan komputer..
maka aku pun cadang kat arwah ayah aku utk rekod nyanyian ktorg..
so, berekod la nynyian dua beranak ni..hehe
aku igt lagi lagu nya bertajuk

HANCUR BADAN DIKANDUNG TANAH

tapi malangnya, adik aku yang manje tu..*time tu dia pn lagi la kecik kan..
dah ruin kan recording tu..
tah cane tah aku pn xtau..time aku nak dengar smula lagu tu..
tetiba aku dengar sore dia merepek2 kat rekording tu..
means, dia da ganti or overwrite lagu ktorg tu..
haihh..marah gile la aku time tu kan..
yela, waktu aku nak dgr tu pas arwah ayah aku dah meninggal..
so terpikir la kan nak cuba dengar semula sebab nak ubat kerinduan..
bila dah jadi macam tu, smpai skang ni ..
xde dah lagu kenangan aku n arwah ayah aku tu..hmmm..
okay tu kisah mula2 aku start menyanyi..

Bila da besar,
aku start suka nynyi masa pas abez SPM..
tunggu panggilan nk smbung blaja lama sgt..
so kerja aku kat rumah hanyalah duduk atas kusi malas sebelah radio..
and dengar lagu kat era.fm *time tula kan..
maka hari2 aku dipenuhi dgn lagu2 start aku bagun tdo smpai la dkat2 nak zohor..
then bila dah dengar tu, xkan nak dengar saja kan..hehe
aku pun singing along la dgn lagu tu kan..
so, mmg kejiranan aku ni da tau n maybe da bese n lali dgr aku nynyi kat umah ni..

Sehinggalah sampai suatu masanya..
terpikir nak cuba dengar suara sendri mcam masa kecik2 dulu..
maka aku pn rekod la suara aku dgn ada muzik dari lagu asal sesebuah lagu tu..
hmm..disebabkan time tu syok sndiri sgt2..ciap wat folder lagi utk koleksi lagu2 aku tuh..huhuu

lepas tu, tibala masa nya aku ada henset yang bleh merekod suara..
hp time tu motorola C380...
then, aku pn main rekod2 la suara aku kan..
amik hp kakak aku yg leh pasang mp3 tu *yela time tu mane la mampu nk ada hp sndiri yg ada mp3..
pastu, pasang kat sbelah..n rekod la guna hp motorola aku tu..
bila dah rekod, terniat la di hati nak share dgn kengkawan..
maka aku pn, suka sgt la rekod2 n send kat kengkawan..
antaranya Imah, Aisyah n Amir..hehehe..
pastu dorg pun saling la bertukar2 rekod2 dorg..
time tu nyanyi sekadar suka2 je..

Lama pas tu, aku pun dapat panggilan masuk UiTM..
so aktiviti menyanyi aku ni terhenti la seketika..yela bila da start masuk tu kan..
xkan la aku nak secara xmalunya expose diri kat student kat situ kan..
nak dijadikan cerita..time orientasi, ktorg kena jalan kaki jauh gile nak g dewan..
ulang alik sminggu tau..nak abezkan proses orientasi tu..
maka berkenal lah aku dgn sorg budak gemok ni..hehee...
Syafiq Alcaraz..yang mana time tu aku xtau yg dia ni pn ada bakat menyanyi..
so, bila da kenal, ktorg pn sama2 la bjalan sepanjang orientasi tu..
sambil2 jalan ni..aku yang xtahan sbb lama dah xmenyanyi ni,
terlepas la..hehe..ternyanyi sambil berjalan tu..
so, agak da terexpose diri cket time tu..

Masuk bulan kedua berkawan...*if i'm not mistaken la..
memang da show off diri masing2..smbil2 study pn da sama2 nanyi..
tp time tu aku xpernah langsung kenal erti berkaraoke kat tmpat karok..
sbb mmg xde tmpat nak pegi..
maka redha la ktorg ni nyanyi2 dlm bilik je..
Tapi, start sem3 la ktorg da mula pergi karaoke..rupa2nya kat jengka tu ada tempat karok..
ktorg je yg xtau selama ni...*dlm ati, haihh rugi 2sem xkarok..huhuu
So, bila da g karok ni, baru aku dapat rasa pegang mic sebenar, 
nynyilah mcm mana pun, mmg xde org marah sbb kat situlah ktorg leh kuarkan segala suara..hehe

Opss..lupa lak nak cite skali plot inspirasi menyanyi ni..
aku rsa korang sendiri pn tau kan yang aku ni sgt2 suka Celine Dion..
she's the best, and also one of the best selling female artist of all time..
she had a powerful belting notes, and can hold the note longer than u could think..
and also, he can easily doing some adlibs of her song..
when she's on stage, she can handle the crowd.. and also she had an energetic performance..
dah apsal lak tetibe speaking ni kan..hehehe
okay cukup introducing celine kat sini..huhu
ermm..maka tiap hari aku dengar lagu celine ni yang mana aku start minat taun 2008..
sorry sbb menyusahkan kawan aku especially Nuar, Shahid n Khamis..
sbb time tu aku sgt2 push dorg utk download lagu2 celine ni..
si nuar tu sbb aku pnjam broadband..shahid lak pnjam laptop, n kamis lak aku pnjam hp sbb nak save lagu2 celine ni..*yela time tu aku xde kmudahan tu sume...
jadi, bila da terlalu obses n idolize celine ni, 
smpai tbawak2 cara n style nanyian celine ni..
tula yg jadi punca nape aku bnyk rekod lagu2 celine ni.
lagu pertama dari celine yang aku rekod adalah I SURRENDER...
lagu ni agak mendapat sambutan la dari kawan2 aku..
sbb masa rekod lagu ni, aku sgt2 suka n obses kan..
then aku edit lagu tu guna satu software tu..
tp aku da xigt software pe, sbb masa tu aku guna trial jek..
n sound rekod tu pn sgt sedap..sbb tula lagu i surrender tu sedap bunyi nye..hmm..
nak dijadikan cite, aku pun dgn mengade nya introduce la lagu2 aku kat kengkawan yg lain..
ciap bluetooth lagi kat hp dorag...ahaha...

Masuk sem4 aku kat UiTM, hobi ni tetap aku teruskan..
time ni aku da ada laptop sndiri n lagi senang utk aku nnyi tanpa pnjam kemudahan dari org lain..
aku sgt2 mintak maaf la kat roomate aku sbb selalu sgt memekak dlm bilik...hehee..
n ada la kawan aku ty, nape x isi lagu2 aku dlm youtube..
actually aku memang da isi pun..tp sengaja aku ckp aku xnak..

sampai lah hari ni,
memang da banyak sgt lagu2 yang aku rekod..cuma ada antara lagu2 tu je yg aku upload kat channel youtube aku..hehe...
bila dah upload ni..terpikir la nak bagi orang dengar..
tapi niat aku bukan la nak perasan ke pe..cuma nak share je dgn org lain recording aku tuh...
so, bila dah share tu, macam2 la komen yang aku dapat..
xpe, aku xkisah dgn komen2 tu..sumenya bagi aku semangat n improve diri kan..hehe..

amboi, bila cite bab menyanyi ni kemain panjang lagi kan..keh3...
lagi satu nak bagitau..aku ni sangat2 obses dgn microphone..pantang nmpak mesti nak pegang..
even tgok artis nyanyi kat tv pun, tetiba cam ada kejutan letrik kat aku..
rasa macam nak amik mic artis tu n nyanyi..
*psstt..kalo nk tau..atas meja laptop aku ni saje aku letak wireless mic aku ni..
saje wat bagi semangat...ahahaha..teruk sgt dah aku ni kan...
eh jap2..mesti korang ada terpikir dlm ati kan..
"ek elehhh..poyo la dia ni..mcm sedap sgt sore..
over sgt nk cite2 sal dia nyanyi"
hehe..whatever la korang nk cakap pe pun..blog aku..aku punya suka la...ahahahahaha....

okayla, cukupla tu cite sal ni..
cian kat korang sbb da meluat sgt dgn aku ni kan..huhuu...
orait..babaiii...see u soon...=)

Monday, January 30, 2012

Awan Nano

Begitulah awan nano
Setia melindungi diri
Tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu
 begitulah antara bait2 yang terdapat dalam lagu 
AWAN NANO nyanyian Hafiz..
Dengan secara tiba2 aku jadi suka kat lagu ni..
Sebenarnya memang da lama suka lagu ni..
tapi pas Hafiz perform kat AJL semalam..
secara tiba2 aku rasa something pada lagu ni..
mungkin ni lah sebab kenapa lagu ni jadi juara..
sebab lagu ni boleh wat manusia2 cam aku ni berfikir..

Memang lirik lagu ni puitis sikit..
tapi kalo orang faham..
memang xde masalah la nak feel..
nak2 plak tgok Hafiz perform malam tu mmg terbaik sgt2..
Vocal dia mmg xleh nak kritik pape lah..
suka sgt2 aku dengar..
jelas, lantang, mantap n hebat!!
Disebabkan aku ni sorang yg suka menyanyi, 
jadi aku tau yang lagu tu mmg susah nak nynyi..
salute la kat hafiz sbb lagu tu mmg untuk dia..
*dah kenapa lak cite sal hafiz..hehehe..

Sebenarnya aku nak berceloteh sikit la pasal lagu ni..
pe jalan cite yang terkandung dlam lagu ni..
mengikut kefahaman aku lah kan..hehehe
yelah, setiap orang ada interpretasi sendiri terhadap sesuatu lagu..
bagi aku, lagu awan nano ni berkisarkan tentang

SESEORANG YANG PENUH DENGAN KASIH SAYANG YANG MANA SENTIASA MENJAGA DAN MELINDUNGI KEKASIH HATINYA

awan nano tu sendri dijadikan satu metafora yang bersifat melindung..
seperti yang kita tau lah kan,
awan kat atas kepala kita yang jarang kita fikir akan fungsinya tu,
sentiasa melindungi kita dari bahang matahari,
bila dah melindung dari bahang tu, 
maka diberikan pula kita keselesaan dengan kesejukan
termasuklah menurunkan hujan ke atas muka bumi ni..
itulah bukti keagungan ciptaan Allah S.W.T.
dan pemegang watak untuk watak seseorang yang melindungi kekasih hatinya tu 
adalah bersifat universal..yang mana siapa2 pun bleh pegang watak tu..
apa yang Hafiz cuba smpaikan adalah, 
kisah kasih sayang seorang bapa yang selama ni menjaga anaknya walaupun
anaknya mempunyai anggapan buruk terhadapnya..
Tapi, ianya bergantung kepada anda sume untuk membayangkan watak itu sendiri..

Even my dad has passed away 9 years ago,
tapi, masih aku rasa hingga ke hari ni akan kasih sayang yang dicurahkan kat anak2 nya..
Masih kekal di ingatan aku ayah aku sentiasa memanjakan aku *sbb time tu aku kecik lagi...
tapi ada kalanya aku melawan cakap dia..
namun, sejahat mana pun anak2 dia, 
tapi dia tetap sayang dan tak pernah membenci anak2 nya..
apa yang dilakukannya adalah untuk kebaikan anak2 nya..
tapi, Allah lebih sayangkan dia,
dia pergi meninggalkan kami sekeluarga pada taun 2004...='(

begitulah rentetan AWAN NANO yang dapat aku kutip dalam lagu ni..
sekian..


My new Album...=)



Salam semua...

hari ni aku sgt2 happy sbb akhirnya penantian yg sgt2 dinantikan telah pun tiba..
akhirnya aku dapat menerbitkan sendiri '
FULL ALBUM' aku..
yang mana selama ni aku hanya '
release' kan single aku je tiap bulan..
tp skang aku da bjaya kumpulkan sume
single2 aku..
dan sumenya dah dimuatkan dalam album aku yang berjudul

MENGAPA INI TERJADI

Cover Album aku =)

Dalam album ni, terdapatnya lagu2 yang menjadi favourite aku sendiri iaitu:
 


Asmara Ini
Tak Sanggup
Tirai Semalam
Setiaku Disini
Ombak Rindu
Camelia
Cerita Asmara
Mengapa Ini Terjadi (New Single)
Alone
The Prayer
All By Myself
Jar Of Heart
Because You Live
Count On Me
Because Of You


 
Apart from that,
aku jugak ada
release kan new single baru2 ni..
tajuk nya sama lah dengan tajuk album aku..
Mengapa Ini Terjadi..
actually lagu ni aku tulis sendiri liriknya..
manakala lagunya pulak adalah pemberian ikhlas dari sahabat serumpun
dari Indonesia..
Ahmad Muzzaky El Fayed..
Niat tulus beliau untuk mendengarkan aku menyanyikan lagu ni
aku sambut dgn ucapan ribuan terima kasih..
tak sangka ada jugak orang yang secara
personally suka dgn suara aku..
Pada suatu masa, beliau dengan secara tak sengaja
terdengar nyanyian2 aku kat youtube channel aku..Then, dia pun add aku sbg friend dia..
dan dia PM aku, n mintak aku nyanyikan sebuah lagu ciptaan nya
yang mana lirik nya tidak disediakan..
Atas segala kisah cinta dan pengalaman peribadi yang aku ada selama ni,
aku nukilkan menjadi sebuah lirik yang mungkin agak jelas menceritakan
tentang kesedihan dan lara nya hati aku..
dalam mengharungi sebuah episod percintaan..
yang telah kecundang di pertengahan jalan..
Maaf sgt2 kat beliau sebab lagu yang disediakannya tak dapat aku
record dgn perfect..tp aku hanya mampu menyanyikannya
dengan curahan hati..
Mungkin, siapa yang pernah mengalami peristiwa seperti yang pernah aku alami ni,
akan faham dan akan rasa dekat dengan lagu ni..
itu sahajalah yang mampu aku persembahkan untuk beliau dan juga pendengar2 yang lain..
Ye lah, aku bukanlah seorang penyanyi yang bagus..
hanya menyanyi sekadar untuk memuaskan hati sendiri..
sudah terbiasa dengan lontaran nota2 lagu dalam hidup ni..
Sehari tanpa
projection of voice, maka akan rasa satu kekurangan dalam hidup aku..
biarlah orang nak kata apa pun,
cacian mereka kepada aku secara langsung nya aku telan..

Okay, kalau nak dengar lagu2 yg ada dlm album aku ni,
bukakla channel youtube aku k..
kat sebelah ni ada link channel aku...

click je la..hehe..

Anyway,
bukan niat untuk perasan atau syok sendiri,
tapi semua ni aku lakukan hanyalah untuk diri sendiri..
lagipun aku bukan jual pun album ni..
sekadar untuk berkongsi sahaja..
so, hope u guys enjoy with my voice..=)


Wednesday, January 25, 2012

Trip Lentang =)

Assalamualaikum...
dah lama rasanya x update blog ni..
da cam bersawang dah..huhuu
ermmm..haini tetibe rasa nak cite sal trip baru2 ni..
trip ke mana??
TRIP LENTANG la..
hehee..ahli2 wajib nya cam bese la
Imah, Faif, Efa, Shaida n aku sndiri..
pergi 5 org jek..
actually xreti sgt nk cite2 ni..
cuma nak upload pic jek..ehehe...







shaida n luki tengah promote bihun..=P



baru sampai...=)



ni kes pantang nmpak camera...huhuuu



Support our green earth...lol



eh jap2...cam kurus cket lak luki ni kan...wekkkk=P

Sunday, January 1, 2012

.......

Sunyi...
Entahla kenapa tiap malam aku rasa cam ni..
sunyi..sepi..keseorangan..bosan..
kalau dulu aku masih rasa berteman..
untuk menghilangkan rasa sunyi dalam diri ni..
tapi skang..everything has changed..

so, bila da rasa sunyi camni..
mula la aku start dengar2 lagu tacing2..
pastu rsa tacing la..pe lagi kan..
ermm..tah la..nk update blog pn xde mood dah..
ok bye!